Tuesday, December 27, 2011

::10 Ciri Laki Kasanova a.k.a Tak Bleh Pakai Punye Laki

1.  Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yg paling mulus. Apa yang anda mahu,,semua nya di penuhi. Namun harus diingat, semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit si dia menunjukkan taringnya.

2.  Sentiasa kemas dan beperwatakan seperti orang berada (kaya la konon), tapi sbeno nye poket kosong. Kalau ade pon cume pelaburan untuk memikat gadis di awal perkenalan. Kendian,duit gadis la pulak di kaut nye.

3.  Tak pernah pegang pada janji. Pergi la dating. Tgk siapa dtg dahulu ?

4.  Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapan terbongkar. Lagi jelas apabila dia menyalahkan org lain atas kesalahannya.

5.  Mementingkan kekemasan diri dan pakaian. Jenama pakaian pon bukannye calang2 jenama. Semua yg mahal2. Al maklumlah,nk pikat mangse.

6.  Baru kenal seminggu,dah pndai2 sentuh bahagian sensitif. Sengaja nak jebak gadis ke untuk pergi lebih jauh (Hampeh punye laki)

7.  Bila kluar dgnnye gadis,, laki ni saje tunjuk macho. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dgn ramah yg amat. Kononnye nk bukti la dia tak curang blakang.

8.  Lepas sebulan berkawan, laki ni brani plak nk mintak pinjam wang. Dengan tak segan pulak tu. Alasan yg diberi tu memang konkrit (mr BB tak tau la cmne konkrit tu,pndai2 korg la nk detect) silap ari bulan,kamu termakan kata2 manisnya.

9.  Laki kasanova biasanya mempunyai wajah yg tampan. Oleh itu berhati-hati lah dgn penampilan. Kenali lah jejaka melalui hati :)

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apa lagi nk bawa gadis berjumpa ibu bapa. Ini sering berlaku. Kalau ada ajakn pon,ajak2 ayam saja. Mulut kata ya hati kata tak.

Friday, December 2, 2011

::Cara Lelaki Menguji Wanita

Haa,,ni kawe bwakkan sikik rahsio bagaimano lolaki mnguji pompuen..hahaha :D mu nak selamat ngn pakwe mu ? haa,,baco lah ni ye ?
1. Adakah wanita itu materialistik ?
Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murah
Reaksi wanita A : Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. [GAGAL]
Reaksi wanita B : Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. [LULUS]
Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi wanita A : Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. [GAGAL]
Reaksi wanita B : Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. [LULUS]

2.Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu.
Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi wanita A : Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. [GAGAL]
Reaksi wanita B : Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. [LULUS]
Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi wanita A : Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. [GAGAL]
Reaksi wanita B : Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. [LULUS]

3. Hubungan bekas teman lelaki
Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi wanita A : "Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas". [GAGAL]
Reaksi wanita B : “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. [LULUS]
Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi wanita A : Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. [GAGAL]
Reaksi wanita B : “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. [LULUS]

4. Mengukur tahap kesetiaan
Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:
Pergi melancong
Reaksi wanita A : Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. [GAGAL]
Reaksi wanita B : Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. [LULUS]
Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi wanita A : Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. [GAGAL]
Reaksi wanita B : Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. [LULUS]

so,pndai2 lah korg ye ? hahaha :D tp awas wanita,,jgn la menipu plak..saje buat2 'lulus' sebab nk pikat dye je..haaa :D kang terbongkar rahsia,,fadan muke kome~ :P


::Petua Untuk Meluruskan Rambut

Korg nk rambut lurus tanpe kuor byk duit ? haa,,mu baco ni,,paham betoi2,,pastu buek lah..lagi afdhal kalo disertakan kesaboran dan ketekunan tahap dewa ok ? mrBB dok kesah dah sebab rambut mrBB mmg lembut dari kecik..tak keriting,,tak keras..lembut cm blu kucing tu..haaa~ oh ye,,nah petua nya~ hamek lah kaw~~


♠ Ambil sebiji kelapa tua yang sudah diparut dan perah santannya.
♠ Ambil pati santan yang diperah dan campurkan dengan segelas air suam.
♠ Setelah itu masukkan air perahan sebiji limau nipis.
♠ Simpan santan tadi dalam peti sejuk/kulkas.
♠ Gunakan sebagai krim rambut sekali sehari.
♠ Setelah itu basuh/cuci rambut dengan air sejuk.
♠ Anda boleh membuat rawatan ini setiap hari ataupun 3 kali seminggu.

Thursday, December 1, 2011

::70 Ayat Jiwang Wanita Untuk Lelaki (kompom laki cair)

hiyahh,,pssttt,,wanita2 sume,,ni mrBB ado rahsio nak bagitau kat hampa2 suma.. ni haa ayat2 jiwang yg buleh kasi hampa punya BF/laki/suami/balak dan segale jenis yg sewaktu dgnnya terpikat kt hampa. hahaha.. well,,mr BB pon laki gak,so,,mmg powerful lah ayat ni haa..klau la ade yg ucapkan kt mrBB kn....hmmmm~~ tp lupakan pasai mrBB dan korg copy lah ayat ni ntok pakwa korg.ahaha :D meh kite chekidaut..



1. All I care about is being with you forever.
2. All the gold and diamond in the world are not enough to buy the love I have for you.
3. God created you for just for me.
4. I am addicted to your love.
5. I am crazy about you.
6. I cannot live without you.
7. I cannot stop thinking about you.
8. I did not mean to hurt your feelings.
9. I do not want to wake up from this wonderful dream with you.
10. I feel safe when I am with you.
11. I get lost in ecstasy when you make love to me.
12. I have finally discovered true love – you.
13. I love talking to you.
14. I love the way you make love to me.
15. I miss your hugs and kisses when we are apart.
16. I thank God for the day he brought you into my life.
17. I want to spend forever with you.
18. I will give anything to be with you.
19. I will give you my heart, my body, and my soul.
20. I will go with you to the ends of the world as long as you keep loving me.
21. I will rather be broke than trade your love for a million dollars.
22. I will travel a thousand miles to be with you.
23. I wish God had brought you to me sooner.
24. If anything happens to you, I will go crazy.
25. If I could I would make love to you a thousand times.
26. If I had to live life over again, I would live it with you.
27. If loving you is a sin, then let me be guilty.
28. If our love is blind, then I never want it to see the light of day.
29. Life without you will be like going to sleep and never having sweet dreams.
30. Loving you feels like heaven.
31. Loving you has made life even sweeter.
32. Loving you has made my life so full of joy and happiness.
33. My heart cries when we are apart.
34. You are my love, my heart, and my life.
35. No man has loved me the way you love me.
36. Nothing will ever stop me from loving you.
37. Ooh sweetie, you are so good to me.
38. Your warm hugs and your tender kisses are more precious than gold.
39. Talking to you is like sipping the most delicious wine – I want it to last forever.
40. The times we spend together are like precious gems that money cannot buy.
41. Time stops when you hold me in your arms.
42. When I am with you, my troubles seem to melt away.
43. When I look at you I see a man that I find irresistible.
44. Words are not enough to express how much I love you.
45. You are my prince.
46. You are my soul mate.
47. You are the most important person in my life.
48. You are the music that makes my heart sing.
49. You are the only man I ever want in my life.
50. You are the other half that makes me feel whole.
51. You are the perfect man for me.
52. You are the sweetest man I know.
53. You bring nothing but love, peace, joy, and happiness to my soul.
54. You bring so much joy and happiness to my life.
55. You love me gently.
56. You make me feel like a woman.
57. You make me feel so good I want to kiss you from your head to your toe.
58. You make me want you more each day.
59. You treat me like a princess and I love you with all my heart.
60. Your are the kindest man I know.
61. Your caring words touch the deepest part of me.
62. Your hugs and kisses melt my heart like chocolate ice cream on a warm summer day.
63. Your kisses are like warm chocolate on a cold winter night.
64. Your kisses are so good I feel tingles all over.
65. Your love is like a solid rock that will never break.
66. Your love is so good I can’t get away even if I wanted to.
67. Your love warms my heart like the glow of a candle light in a midsummer night’s dream.
68. Your loving whispers in a moon-lit night are like soothing wine, they put me in the mood.
69. Your smile is so comforting it makes my tears go away.
70. Your gentle touch sends chills up and down my spine.





::Panduan Solat Sunat Hajat

Solat sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

PANDUAN SOLAT HAJAT:

Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.

Lafaz Niat:

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa” 

Ertinya:

“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

SEBENARNYA SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA SOLAT. HANYA CARA SOLAT HAJAT PERTAMA, KEDUA, KETIGA DAN SOLAT HAJAT KEEMPAT DITERANGKAN DLM BLOG KAWE NIH.


1.Cara Solat Hajat yang pertama

•Dibuat sebanyak 2 rakaat.
•Baca mana-mana ayat lazim selepas surah Al-Fatihah.
•Selepas salam masih mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali.
•Kemudian mohonlah segala hajat pada Allah SWT.

2.Cara Solat Hajat yang kedua

•Dibuat sebanyak 2 rakaat.
Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali.
Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Ikhlas 10 kali.

Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak 10 kali: 

"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".

Kemudian membaca Tasbih 10 kali: 

"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."

Kemudian doa ini 10 kali: 

"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."

Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud. 

3.Cara solat hajat yang ketiga

•Sebelum solat, mengucapkan Astaghfirullahal' adzim seberapa banyak yang boleh untuk memohon keampunan dan keredaan daripada Allah SWT.
•Baca Al-Fatihah sekali dan hadiah pahalanya kepada Nabi besar SAW, seterusnya kepada sekalian roh sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin serta kaum Muslimin dan Muslimat.

Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca doa berikut:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah) yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat ini)…………sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.

4.Cara solat hajat yang keempat
•Dibuat sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam.
•Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786 kali. •Kemudian solat sebanyak 6 rakaat dan 3 salam berturut-turut. •Pada setiap rakaat hendaklah membaca Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 15 kali seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.

Apabila selesai baca doa ini:

Ertinya:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku”


::Fakta Bahasa Inggeris

1.'Queue' adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2.'Rhythm' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tidak mengandungi huruf vokal.

3.'Almost' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang disusun mengikuti urutan huruf.

4.'Go', adalah ayat lengkap terpendek dalam bahasa Inggeris.

5.Hanya ada empat perkataan dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata 'dous', iaitu: 'tremendous', 'horrendous', 'stupendous' dan 'hazardous'.

6.Kalimat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

7.'Stewardesses' adalah perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kiri di keyboard anda.

8.Dan 'lollipop' pula merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kanan di keyboard anda.

9.'TYPEWRITER' merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip menggunakan huruf hanya pada satu baris dari keyboard anda.

10.Huruf 'A' hingga 'Z' mempunyai simbol (dan bunyi tersendiri), KECUALI, huruf 'W', 'W' adalah huruf 'uu'@'double u'

Saturday, November 26, 2011

::13 Perkara Seksi Yg Disukai Suami

  1. Isteri yang menyikat atau mengusap rambut sebelum hendak tidur.
  2. Waktu isteri mengejutkan mereka pada waktu pagi.
  3. Isteri yang baru sahaja selesai mandi.
  4. Ketika rambut isteri mereka masih kelihatan basah.
  5. Suara isteri mereka apabila terjaga tidur pada waktu tengah malam. Disebabkan perkara ini ada sesetengah suami menyatakan mereka suka mengejutkan isteri mereka pada waktu tengah malam hanya untuk mendengar suara manja isteri mereka.
  6. Mengusap atau bermain dengan perut isteri mereka.
  7. Isteri yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas.
  8. Isteri yang suka memusingkan hujung rambut mereka menggunakan jari. (ia termasuk juga tabiat-tabiat pelik yang lain seperti menggigit kuku, menyanyi didalam bilik mandi, atau sebagainya yang boleh membuatkan suami merasakan anda soerang yang comel)
  9. Isteri yang berkongsi minat dengan mereka walaupun sebenarnya isteri mereka tidak berminat mengenai sesuatu aktiviti itu. Hanya melibatkan diri untuk menemani suami mereka.
  10. Potongan rambut isteri yang memenuhi citarasa mereka.
  11. Cara isteri mereka yang tersendiri untuk menghadapi sesuatu situasi.
  12. Bau badan semulajadi isteri mereka.
  13. Layanan istimewa yang isteri mereka berikan.

Friday, November 25, 2011

::13 Aurat Wanita

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah …

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


dah bace wahai wanita ? AMALKAN LA ! TAK RETI2 LAGI ?!



::5 Cara Untuk Wanita Menarik Perhatian Lelaki

Biase pempuan pikir klau nk dpt perhatian laki tu mesti seksi,,dedah sane dedah sni..tp pempuan sume tau dok yg sebahagian laki ni tk ske gitu ?? [termasuk lah kawe,,Mr BB ni] haa,,so,,cmne nk tarik perhatian tu klau taknak seksi ? haa moh bace mende bwah ni...





1-Memakai pakaian yang berwarna cerah
Menurut daripada kajian psikologi, manusia akan lebih untuk memberikan perhatian terhadap warna yang cerah. Begitu juga dengan lelaki. Pemakaian yang berwarna cerah adalah merupakan cara paling mudah untuk menarik perhatian mereka.Selain daripada itu, pakar psikologi juga menyatakan bahawa dengan pemakaian yang berwarna cerah akan meningkatkan lagi rasa keyakinan dan juga prestasi seseorang.

2-Pandangan mata
Sememangnya pandangan mata wanita mampu untuk menarik perhatian lelaki. Tetapi, majoriti lelaki menyatakan bahawa mereka lebih gemar terhadap wanita yang menjaga pandangan mereka. Ia merupakan tarikan utama kepada lelaki tanpa wanita sendiri sedari.Bukan setakat itu sahaja, wanita yang menjaga pandangan mereka juga membuatkan lelaki lebih berfikiran positif terhadap diri mereka. Wanita yang gemar bermain mata dengan lelaki pula lebih membawa imej yang negatif.

3-Tingkahlaku
Wanita sememangnya lebih sinonim dengan sifat yang lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Wanita yang berperwatakan seperti ini lebih mudah untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki.Tetapi, ada juga lelaki yang lebih gemar terhadap perwatakan wanita yang semulajadi tanpa perlu menyorokkan identiti mereka sebenar. Adalah lebih baik anda menjadi diri sendiri asalkan tidak melampaui sifat kewanitaan. Pasti cara dan keunikan anda yang tersendiri mampu untuk menarik perhatian lelaki yang boleh menerima diri anda seadanya.

4-Pandai berjenaka
Pasti anda agak terkejut bukan? kebiasaannya lelaki yang harus pandai membuat lawak untuk menarik perhatian seseorang wanita. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan, wanita yang suka berjenaka lebih mendapat perhatian daripada lelaki. Ini berkemungkinan disebabkan seseorang yang lebih lucu lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Apabila telah wujud keselesaan terhadap diri anda, ia lebih mudah untuk menarik minat mereka.

5-Bahasa tubuh
Seperti yang anda semua ketahui, bahasa tubuh adalah merupakan isyarat awal untuk menyampaikan pesanan terhadap seseorang. Elakkan daripada menggunakan bahasa tubuh yang akan membuatkan lelaki berasa anda seorang yang sombong, berlagak atau sebagainya. Ini kerana kebiasaannya wanita yang seperti ini kurang menarik perhatian lelaki.

haa,,dah tau ?? selamat mencuba dan selamat maju jaya.hahaah !