Saturday, November 26, 2011

::13 Perkara Seksi Yg Disukai Suami

  1. Isteri yang menyikat atau mengusap rambut sebelum hendak tidur.
  2. Waktu isteri mengejutkan mereka pada waktu pagi.
  3. Isteri yang baru sahaja selesai mandi.
  4. Ketika rambut isteri mereka masih kelihatan basah.
  5. Suara isteri mereka apabila terjaga tidur pada waktu tengah malam. Disebabkan perkara ini ada sesetengah suami menyatakan mereka suka mengejutkan isteri mereka pada waktu tengah malam hanya untuk mendengar suara manja isteri mereka.
  6. Mengusap atau bermain dengan perut isteri mereka.
  7. Isteri yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas.
  8. Isteri yang suka memusingkan hujung rambut mereka menggunakan jari. (ia termasuk juga tabiat-tabiat pelik yang lain seperti menggigit kuku, menyanyi didalam bilik mandi, atau sebagainya yang boleh membuatkan suami merasakan anda soerang yang comel)
  9. Isteri yang berkongsi minat dengan mereka walaupun sebenarnya isteri mereka tidak berminat mengenai sesuatu aktiviti itu. Hanya melibatkan diri untuk menemani suami mereka.
  10. Potongan rambut isteri yang memenuhi citarasa mereka.
  11. Cara isteri mereka yang tersendiri untuk menghadapi sesuatu situasi.
  12. Bau badan semulajadi isteri mereka.
  13. Layanan istimewa yang isteri mereka berikan.

Friday, November 25, 2011

::13 Aurat Wanita

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah …

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


dah bace wahai wanita ? AMALKAN LA ! TAK RETI2 LAGI ?!



::5 Cara Untuk Wanita Menarik Perhatian Lelaki

Biase pempuan pikir klau nk dpt perhatian laki tu mesti seksi,,dedah sane dedah sni..tp pempuan sume tau dok yg sebahagian laki ni tk ske gitu ?? [termasuk lah kawe,,Mr BB ni] haa,,so,,cmne nk tarik perhatian tu klau taknak seksi ? haa moh bace mende bwah ni...





1-Memakai pakaian yang berwarna cerah
Menurut daripada kajian psikologi, manusia akan lebih untuk memberikan perhatian terhadap warna yang cerah. Begitu juga dengan lelaki. Pemakaian yang berwarna cerah adalah merupakan cara paling mudah untuk menarik perhatian mereka.Selain daripada itu, pakar psikologi juga menyatakan bahawa dengan pemakaian yang berwarna cerah akan meningkatkan lagi rasa keyakinan dan juga prestasi seseorang.

2-Pandangan mata
Sememangnya pandangan mata wanita mampu untuk menarik perhatian lelaki. Tetapi, majoriti lelaki menyatakan bahawa mereka lebih gemar terhadap wanita yang menjaga pandangan mereka. Ia merupakan tarikan utama kepada lelaki tanpa wanita sendiri sedari.Bukan setakat itu sahaja, wanita yang menjaga pandangan mereka juga membuatkan lelaki lebih berfikiran positif terhadap diri mereka. Wanita yang gemar bermain mata dengan lelaki pula lebih membawa imej yang negatif.

3-Tingkahlaku
Wanita sememangnya lebih sinonim dengan sifat yang lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Wanita yang berperwatakan seperti ini lebih mudah untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki.Tetapi, ada juga lelaki yang lebih gemar terhadap perwatakan wanita yang semulajadi tanpa perlu menyorokkan identiti mereka sebenar. Adalah lebih baik anda menjadi diri sendiri asalkan tidak melampaui sifat kewanitaan. Pasti cara dan keunikan anda yang tersendiri mampu untuk menarik perhatian lelaki yang boleh menerima diri anda seadanya.

4-Pandai berjenaka
Pasti anda agak terkejut bukan? kebiasaannya lelaki yang harus pandai membuat lawak untuk menarik perhatian seseorang wanita. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan, wanita yang suka berjenaka lebih mendapat perhatian daripada lelaki. Ini berkemungkinan disebabkan seseorang yang lebih lucu lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Apabila telah wujud keselesaan terhadap diri anda, ia lebih mudah untuk menarik minat mereka.

5-Bahasa tubuh
Seperti yang anda semua ketahui, bahasa tubuh adalah merupakan isyarat awal untuk menyampaikan pesanan terhadap seseorang. Elakkan daripada menggunakan bahasa tubuh yang akan membuatkan lelaki berasa anda seorang yang sombong, berlagak atau sebagainya. Ini kerana kebiasaannya wanita yang seperti ini kurang menarik perhatian lelaki.

haa,,dah tau ?? selamat mencuba dan selamat maju jaya.hahaah !

Thursday, November 24, 2011

::Bahaya Di Cyber Cafe !!

Cybercafe atau lebih dikenali sebagai CC oleh org di planet Namek adalah tempat yg harus korg hati2 bile nk gune PC tu..ade 1 alat yg dipanggil 'BLACK DEVICE' dipasang pada sesetgah CC dan tempat2 awam contohnye cm hotel,,kafe,,lapangan terebang dan lain2 nye lah pun.. ape kegunaan BLACK DEVICE ni ??? haaa,,Black Device ni dicipta untuk menyimpan data2 drpd keyboard yg korg guna tu..contohnya lah,,korg akses akaun bank korg kat CC tu.,.then,,mase dah time,,korg blah...then,,org yg seterusnya tu boleh akses semula akaun bank korg sebab data2 cm nombor pin,username,password n mcm2 lagi dah disimpan dlm Black Device tu.. bahye tak bahye tu..so,,klau nk gune tu,,tgk2 la kt blakang CPU komputer tu kot2 la kan dorg sengaje buat gitu.. nk knal benda tu ? ia berkaler hitam [opkos la,,dah nme pon black] dan berbentuk seperti kepala pin keyboard/mouse..bukan USB tau..nah tgk ni..

haa,,benda itam tu la yg korg kne tgk..klau jmpe kt CC,,cabot je benda alah tu..

Wednesday, November 23, 2011

::Lelaki Yg Pompuan Tak Shuke~

HAH ! ni haa dye jenis2 laki yg pmpn mmg tak suko bebenor [agaknye lah]. tp tak tau la kn ?? ikut citerase msing2..tp ni majoriti la kirenye..nk tau ? korg bace la sndri...


LELAKI MULUT 'TIKOS'
Dalam erti kata lain lelaki yang suka 'swit2' kt perempuan [yg cm panggil mamak tu] ataupun tikus jadian. Hello brader, zaman sekarang dah tak main dah swit-swit guna mulut, lagi menambahkan benci adalah. Kalau kena jelingan tajam sebagai tanda benci oleh awek tu takpe gak. Jangan sampai awek tu pusing tunjuk jari hantu *fcuk* kat korang, terkincit nanti..kah3 !! korg igt pmpn tu mamak ke ape nk 'swit2'

LELAKI YANG BAJET COOL
Lelaki jenis yang suka bajet cool akibat terpengaruh oleh lakonan Farid Kamil dalam I’m not single dan Legend Boy Satan [lagenda budak setan la]. Setiap pergerakan yang dilakukan mesti slow dan steady. Bajet setiap hidup diorang ni diiringi muzik-muzik romantislah gitu. Tapi bila dah terlebih bajet cool, bukan perempuan je, member laki tengok pun dah naik meluat. Nak jaga personalitilah katakan..Contoh paling mudah, nak ajak pergi kedai makan depan rumah memalam pun kena smart-smart. Siap pakai spek warna hitam kuali lagi memalam. Macho ke buta??? tu bengap namenye..

LELAKI YANG TERLEBIH LELAKI
Lelaki macam ni biasanya merasakan dia ni anti perempuan. Tak pun kena sentiasa nampak kerek dan ketat. Kalau pandang muka laki macam ni biasanya mata dia mesti macam mata orang ajak gaduh sambil mulut dia terkunci ketat punya. Kena ubah prangai ni bro. Apa yang lu orang bagi, itu yang perempuan balas. Tunjuk muka masam je sapa nak dekat..Tapi kalau buat muka ketat ok lagi. Tapi kalau perempuan tau ko ni kaki pukul perempuan, ko dah boleh lupakan impian nak kahwin dengan perempuan..Dengan binatang boleh lagi ni...

LELAKI YANG SUKA BOCOR RAHSIA PEREMPUAN
Lelaki macam ni memang akan jadi bualan dan siulan perempuan. Suka benar menyibuk kalau perempuan bergosip. Kalau tak dapat join mulalah kata perempuan tu sombonglah, nak merajuklah. Tapi apabila dah dapat join je, dia punya perangai kalah perangai perempuan. Dia akan menyebarkan rahsia tu sehingga ke 7 daerah berdekatan. Habis semua orang dia nak bagitau…Papa jarum alaf baru ni~~~

LELAKI YANG TAK PANDAI JAGA HATI PEREMPUAN

Majoriti perempuan mengharapkan lelaki memahami diri diorang sebab diorang ni kaum yang lemah kerana hati diorang seperti roti tisu yang mudah koyak, cepat terluka. Jadi kalau kaum laki ni suka bonar kacau perempuan tak kena tempat, sampai waktu dia sedih pun korang boleh happy terlompat-lompat macam nate beruk kacau kaum hawa ni, macam mana nak nampak gentelman ? silap hari bulan atau silap hari minggu,,dapat jurus pelempang tahap dewi..AHHAHA !

LELAKI YANG PENGOTOR
Zaman sekarang ni ramai lelaki dah sedar benda ni, sebab tu ramai dah mula ambil berat pasal diri. Tapi masih ada jugak yang abaikan benda ni. Ketiak berbau cendawan basi, stoking bau sotong kering pulau pangkor, misai, janggut,bulu hidung,bulu ketiak dan segala bulu yang tak terurus hingga boleh bukak bisnes ternak lalat. Kuku tu pulak ada kesan makanan yang baru keluar daripada perut..Haish…gile pengotoq ah ! Klau busy sgt pon agak2 la,,smbil berak kn boleh ptong kuku ke,,pkai deodoran ke..ni tak,,balun je pi sane sni..da klau tk smpat,,pi dating ngn awek,,bau skali bau2 dari jamban puake mne ntah..agak2 sikik le bro~

LELAKI YANG TAKDE PENDIRIAN
Ini benda penting yang menentukan dia gentleman atau gentleman kerana keputusan seseorang lelaki tu amat bermakna kepada perempuan. Asal perempuan tanya je mesti akan kata, ikut youlah..Semuanya serahkan kepada kaum perempuan. Jangan sampai nafkah batin pun serah kat perempuan sudahlah…Ayg nak buat apa buatlah yang, aiman tak kisah~~~Tapi kalau bab talak ni dia memang power pendirian. Taaaalak je kerjanya...Ini pun boleh lupakan impian nak kahwin jugak...

LELAKI YANG SUKA CERITA BENDA LUCAH
Laki macam ni tak akan dapat banyak pilihan untuk pilih perempuan. Kalau ada perempuan yang tunjuk minat nak kahwin dengan korang tu, cepat-cepatlah kahwin. Siapa tahu mungkin dia 1 dalam 1000 je yang dapat terima perangai korang. Lagipun, kalau dah mampu kahwin, kahwin je. Kalau ‘benda’ tu dah gatal tak elok ditunggu lama-lama. Mengular nanti... 




::15 Perkara Yg Mengundang Bala

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:


 1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang 

     yang tertentu sahaja.
 2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
 3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
 4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
 5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
 6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
 7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
 8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
 9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah

     bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa 
     yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Ingatlah bahwa kita adlah umat yg terakhir..apa yg ada selepas kita ?? KIAMAT. tak sedar2 lagi ke ? ...


::Pilihan Wanita - Lelaki Suka Senyum Atau Lelaki Wajah Sombong ?

Lelaki beranggapan bahawa senyuman boleh membuat wanita tertarik kepadanya. Sayangnya, anggapan itu tidak sepenuhnya benar. Menurut penelitian lelaki sombong dengan wajah angkuh lebih menarik bagi wanita.
Sebuah kajian terbaru yang dilakukan oleh University of British Columbia telah menyimpulkan bahawa wanita merasa kurang tertarik secara seksual terhadap lelaki yang periang berbanding lelaki yang sombong dan moody.
Penelitian tersebut membantu menjelaskan mengapa wanita seringkali tertarik dengan lelaki ‘bad boy’. Selain itu, kajian juga mendapati cara bagaimana lelaki dan wanita menilai minat seksual dari ekspresi non-verbal seperti rasa senang, bangga dan rasa malu.
“Memperlihatkan wajah senang dianggap penting untuk dalam interaksi sosial termasuk daya tarikan seksual. Tapi dari segi penelitian diketahui wanita dan lelaki merespon ekspresi emosi secara berbeza termasuk senyum,” ujar ketua kajian bidang psikologi dari UBC Jessica Tracy, seperti yang dipetik dari Times of India.
“Kami mencari kalau wanita tidak terlalu tertarik dengan lelaki periang dengan wajah ceria. Justeru mereka lebih suka lelaki yang kelihatan kuat, moody atau yang malu-malu,” katanya.
Tracy menjelaskan bahawa alasan wanita lebih memilih lelaki sombong berwajah angkuh disebabkan oleh evolusi dan proses budaya. Misalnya, secara evolusi teori, wanita cenderung tertarik pada lelaki yang mempunyai wibawa, status, dan kompetasi sebagai pasangan. Ia juga menjelaskan, senyuman juga berkaitan dengan imej kurangnya dominasi lelaki.
Jika lelaki periang tak menarik bagi wanita, hal tersebut berbeza pula berbanding dengan tanggapan peserta lelaki. Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal ‘American Psychological Association journal Emotion’ mengatakan bahawa lelaki lebih tertarik secara seksual terhadap wanita yang kelihatan bahagia dan percaya diri.
*gambar hanya sekadar hiasan dan lakonan semata-mata..BAHAHHAA !!!

::9 Perkara Yg Lelaki Tak Suka

Walaupun anda sudah berkahwin dan tidur sebantal dengannya. Ada beberapa perkara yang lelaki paling tidak suka. Jika pasangan anda kurenggg sedikit, egonya boleh dikawal tetapi jangan sampai menimbul kebencian dalam hati kecilnya yang mula membakar sanubarinya. Lama-kelamaan ia menjadi barah yang susah diubati kerana tersilap tindakan dan percakapan anda.
Bukan senang nak bina hubungan yang bahagia. Banyak yanng anda mesti buat, termasuk dalam soal ini iaitu soal apa yang harus dan tidak harus diciritakan pada pasangan anda. Perkara ini juga akan menyusahkan diri anda juga:



1.Jangan ceritakan tentang lelaki lain yang dalam diam-diam mencintai anda. Yang lepas kira tutup buku sahajalah. Buka buku baru. Biar pasangan anda tahu sendiri dan anda hanya perlu diam demi kebaikan perhubungan ini.
2.Membenci ibunya memang lelaki/suami paling pantang. Cuba ambil hatinya kerana bakal mak mertua anda tetap menjadi sebahagian kehidupan anda. Suka atau benci ibu mertua anda kena terima kehadirannya.
3. Cerita tentang kecurangan yang anda buat belakangnya. Elok disimpan sampai mati dan bertaubat kerana berlaku sebelum menjadi isteri atau temannya. Jika berlaku selepas menjadi isterinya elok berterus terang akan kesilapan anda. Jika bernasib baik anda tidak diceraikan. Dosa besar jika curang kepada suami. Walaupun suami tidak tahu tetapi Allah yang tahu perbuatan anda.
4. Jangan juga ceritakan tentang keburukan tentang kawan baik lelaki/suami. Kawan tu penting bagi mereka. Bagi anda, kawan pasangan anda sekiranya tidak mencampuri urusan rumahtangga atau kerjayanya adalah lebihbaik anda jangan ambil pusing.
5.Jangan membanding-bandingkan dia dahulu dan sekarang, lagi-lagi tentang kegagahannya, buruk padahnya. Pada masa yang lepas Si dia mungkin gagah dalam serba serbi. Kena ingat manusia akan berubah mengikut masa. Jika dahulu rambut kemas dan tidak berkedut sana sini. Bila dah lama semua itu akan hilang dimamah usia.
6. Jangan buat dia patah semangat terhadap pekerjaan yg dia lakukan. sebaliknya cubalah bantu. Jika tidak berkenan dihati anda. Berdoa supaya pasangan anda berjaya. Anda tumpang gembira atas rezki yang akan diterima nanti jika pasangan anda berjaya.
7. Bercerai. Memang satu perkataan yang lelaki tidak boleh dengar. eloklah dhindarkan. Silap-silap makan tangan atau kes-kes yang sering kita takuti yang pernah berlaku iaitu si isteri disimbah dengan asid. Ada yang kena pelakong sampai masuk hospital. Berpisah biarlah secara berhikmah. Ikutlah peraturan yang ditetapkan dalam Islam.
8. Kalau anda pendapatan melebihinya, jangan lah nak diperbesarkan, hal tersebut akan menyinggung perasaan dia terutama jika anda berkelulusan tinggi, pasangan anda hanya lulus SPM. Memang cukup sensitif bila anda bercakap dihadapan kawan-kawan atau saudara mara anda.
9.Bila berjumpa dengan teman lelaki lama, tak perlulah terlalu ghairah dan tak perlu ceritakan perasaan itu kepadanya. Yang ini yang paling lelaki tidak suka. Terutama sekali jika bekas teman lelaki anda seorang yang telah berjaya dalam hidupnya dan memiliki segala-segalanya dan pasangan anda masih ditakuk yang lama iaitu cukup-cukup makan sahaja.


Monday, November 21, 2011

::Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap sembahyang,tidak mencegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika
hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan
orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan 
dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda,
Sampaikanlah pesanku biar pun satu ayat..."

::Sejarah Ringkas 25 Rasul

Nabi Adam A.S
Dikatakan hidup lebih kurang 930 tahun merupakan manusia pertama yang bergelar khalifah Allah s.w.t dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Tetapi diantara mereka ada yang taat dan ada pula yang membangkang.


Nabi Idris A.S
Merupakan keturunan Nabi Sits as. Diutus oleh Allah kepada anak cucu Qabil agar bertaubat dan menyembah Allah SWT, namun mereka terus menerus membangkang perintah Allah s.w.t


Nabi Nuh A.S
Merupakan keturunan Nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir. Baginda menyeru supaya semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak, akhirnya orang-orang yang ingkar/kafir itu tenggelam dalam banjir yang besar.


Nabi Hud A.S
Adalah keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Baginda diutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruh mereka supaya menyembah Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan dengan ditimpa badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari lapan malam.


Nabi Salleh A.S
Merupakan keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada bangsa Tsamud disebelah selatan Palastin. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi mereka menyembah dewa dan patung, kemudian Nabi Saleh menyuruh kepada mereka agar menyembah Allah, sebahagian besar bangsa Tsamud menolak untuk memeluk agama Allah. Mereka ingkar kepada larangan Nabi Saleh. Pada hari pertama muka mereka berwajah kuning, hari kedua menjadi merah,hari ketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.


Nabi Ibrahim A.S
Juga keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada kaum Namrud di negeri Babilon lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi. Kaum Namrud menyembah berhala bahkan akhirnya Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan. Nabi Ibrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada mereka namun mereka tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada mereka tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar.


Nabi Luth A.S
Adalah bersaudara dengan Nabi Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum, supaya kaumnya menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri tersebut.


Nabi Ismail A.S
Adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka belum kenal dengan agama tauhid atau Islam. Mereka juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 orang anak lelaki yang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail atau Adnanniyun. Dari keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad SAW.


Nabi Ishak A.S
Adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui perkahwinan dengan Siti Sarah. Baginda diutus oleh Allah di negeri Kan'an untuk menyembah Allah, mengajarkan tauhid, menyuruh membayar zakat, berpuasa dan menunaikan haji. Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka dan mendapat anak kembar iaitu ish dan Ya'kub. Nabi Ishaq wafat dalam usia 170 tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis daerah Palestin.


Nabi Yaakub A.S
Diutus oleh Allah SWT di negeri Kan'an kerana penduduknya telah ramai menyembah berhala. Nabi Ya'kub mengajar kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Baginda wafat dalam usia 148 tahun dan beliau mempunyai 12 orang anak lelaki.


Nabi Yusuf A.S
Anak Nabi Ya'kub as yang diutus sebagai nabi kepada bangsa Mesir untuk mengajarkan agama tauhid iaitu agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Disamping baginda seorang nabi ia juga seorang raja dengan dasar pemerintahannya adalah Islam. Beliau wafat dalam usia 120 tahun dan dimakamkan ditepi sungai Nil,Mesir.


Nabi Ayyub A.S
Anak Amus bin Tarikh bin Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri Rom untuk mengajarkan agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam usia lebih kurang 93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat di daerah Itali.


Nabi Syuib A.S
Keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeriá Madyan, Palestin Selatan agar mengajar agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT, membayar zakat dan berlaku jujur kepada kaumnya. Ramai kaumnya yang tidak beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada Allah berupa gempa bumi dan kepingan awan panas daripada langit.


Nabi Musa A.S
Diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi mukjizat.


Nabi Zulkifli A.S
Adalah anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke negeri Rom. Disamping beliau seorang nabi juga seorang raja yang tetap mengajarkan agama tauhid iaitu supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Beliau menyeru kepada kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala dan melaksanakan syariat Islam supaya solat dan membayar zakat. Beliau wafat dalam usia 95 tahun dan dimakamkan di Napoli, daerah Rom Selatan.


Nabi Harun A.S
Adalah salah seorang nabi yang telah diminta oleh Nabi Musa pada Allah dalam membantu memperkembangkan agama Allah. Ia diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Ia ditugaskan berdakwah kepada para Firaun Mesir dan Bani Israil di Sina, Mesir. Namanya disebutkan sebanyak 19 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Tanah Tih. Ia menikah dengan dua orang wanita yang bernama Elisheba dan Miriam.


Nabi Daud A.S
Dibekalkan oleh Allah dengan kitab Zabur mengajarkan kepada kaumnya agar menyembah Allah dan mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia lebih kurang 100 tahun, lalu dimakamkan di Palastin.


Nabi Sulaiman A.S
Adalah anak Nabi Daud as. Beliau seorang nabi dan raja. Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang tidak akan diperolehi sesaorang pun sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah, sehingga beliau dapat menguasai semua makhluk termasuk jin dan haiwan. Nabi Sulaiman mengajak semua kaumnya agar menyembah Allah dan menghindari daripada mensyirikkannya.


Nabi Ilyas A.S
Merupakan keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagai rasul di negeri Balbik di Lebanon Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung terbesar sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat dari emas. Nabi Ilyas as. mengajak kaumnya agar menyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang ingkar, sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang dahsyat. Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan.


Nabi Ilyasa A.S
Diutus Allah SWT kepada Bani Israil, agar mengajarkan agama tauhid berdasarkan kitab Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan pembangkangan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya akhirnya orang-orang yahudi dijajah oleh raja dari Babil bernama Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dari Persia. Pada tahun 70 Sebelum Masehi raja Rom bernama Titus memasuki Palastiná dan merosak seluruh kota Jerusalam, kecuali Baitul Maqdis. Begitulah bangsa Yahudi mendapat kutukan dan laknat daripada Allah dan Rasul-Nya sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok, dikutuk dan dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia.


Nabi Yunus A.S
Keturunan Nabi Ya'kub as. diutus oleh Allah kepada bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya agar menyembah Allah , namun ajakan beliau ditentang bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan berdoa kepada Allah agar diturunkan azab kepada mereka. Ketika tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh penduduk mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah meneruskan pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada Allah serta menyesal kerana melawan Rasul Allah. Nabi Yunus diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun. Setelah kembali ke Ninawa dilihatnya mereka semua telah beriman, maka nabi Yunus meneruskan dakwahnya, sehingga negeri tersebut menjadi aman dan makmur.


Nabi Zakaria A.S
Diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.


Nabi Yahya A.S
Diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.


Nabi Isa A.S
Adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian diangkat martabatnya menjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan dari tubuh Adam tanpa ibu di dalam syuga. Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi ibu dari seluruh umat manusia. Maka agar tidak keliru dalam beriman atau beriktikad,
Firman Allah SWT maksudnya: 



"Sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi Adam, Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu berfirman kepadanya: 'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' ". (Ali Imran:59)

Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani Israil di daerah Palastin agar tetap taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil yang melengkapi kitab Taurat dan Zabur. Segala firman Allah yang diwahyukan kepada beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan tulisan Ibrani (Hebrew bahasa Ibrani Yahudi).
Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi Isa as. itu? Untuk meyakinkan diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini:
Firman Allah SWT maksudnya: 



"Ia menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi". (Maryam:30)

Firman Allah SWT maksudnya: "Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan yang betul atau lurus". (Maryam:36)


Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa AS hanyalah seorang nabi dan Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan seperti yang didakwakan sesetengah pengikutnya. Kitab Injil yang asal dengan tegas dan jelas menyuruh para pengikutnya agar menyembah Allah semata tidak menyekutukannya dengan yang lain. Namun kebanyakan pengikut nabi Isa telah merubah Kitab Injil yang asli itu menurut selera mereka sendiri, maka lahirlah beratus-ratus kitab Injil bahkan beribu-ribu jumlahnya. Kerana terlalu keras tentangan kaumnya terhadap ajaran tauhid, bahkan beliau diancam akan dibunuh, maka Nabi Isa dibawa hijrah oleh bondanya ke negeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindah lagi ke negeri Nazarth daerah Palastin. Di negeri ini beliau mulai ada pengikut yang membenarkan ajarannya iaitu Mengesakan Allah SWT. Di antara orang-orang Yahudi tersiar berita nabi Isa yang mempunyai ibu tanpa bapa itu sudah ditangkap oleh Yudas Iskariot, lalu diserahkan kepada penguasa Romawi, kemudian disalib di bukit Golgota. Ada pula yang berkata bukan Isa yang ditangkap tetapi Yudas kerana dia berkhianat. Sebahagian orang meyakinkan diri berkata bahawa bukan Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain yang serupa dengan benar dengan beliau. Nabi Isa sendiri selamat dari bencana malapetaka dunia. Sesungguhnyaá Allah telah mengangkatnya ke atas langit. Memang banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu dengan yang lainnya bertentangan. Maka sebaiknya beriman sesuai dengan ketentuan didalam Al Quran. 

Firman Allah maksudnya:


"Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawasanya Allah ialah Al Masih Ibni Maryam. Padahal Al Masih sendiri berkata: "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. 

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
 (Al Maidah:72-73)



Nabi Muhammad S.A.W
Dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi Muhammad SAW adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) bergelar "Rahmatan Lil Alamin". ertinya "Rahmat bagi seluruh alam". Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti nabi-nabi atau rasul-rasul Allah terdahulu baginda pun mengajar dan menyeru manusia supaya menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari sekalian nabi dan rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah baginda. Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya menyatakan tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini Nabi Isa as. sendiri menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi terakhir sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut sebagai berikut.
Firman Allah SWT maksudnya: 



"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: Wahai Bani Israil sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: ini ialah sihir yang jelas nyata". (As Saaf:6)

Firman Allah SWT lagi maksudnya: "Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (Al Ahzab:40)


Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap atau 'Full Release Version' dalam menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai menurut keperluan dan keadaan atau suasana manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari Kiamat (D'day). Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah Islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW diperintahkan menyeru manusia ke arah ketundukan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT.