Tuesday, January 31, 2012

::7 Fakta Tentang Kekayaan Bill Gates

♦ Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!

♦ Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.

♦ Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja untuk melakukannya.

♦ Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.

♦ Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yang ke 37 terkaya di dunia. Lebih kaya dari Malaysia ke? Not sure.

♦ Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.

♦ Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.


::Akibat Kurang Tidur

Tidak cukup tidur boleh meningkatkan risiko anda untuk angin ahmar (strok) dan serangan jantung.

Itulah penemuan para penyelidik Britain yang menganalisa data yang diperoleh dari lebih daripada 470,000 orang dari lapan buah negara, termasuk Amerika Syarikat.

“Jika anda tidur kurang daripada enam jam semalaman dan mengalami tidur yang terganggu, anda 48 peratus lebih berkemungkinan untuk mendapat atau mati kerana sakit jantung dan 15 peratus lebih kemungkinan untuk mendapat atau mati kerana strok,” 

kata Dr. Francesco Cappuccio, dari Warwick Medical School di England, seorang pengarang bersama penyelidikan tersebut, dalam hebahan berita di University of Warwick.

“Corak tidur lewat malam dan bangun awal pagi sebenarnya adalah bom jangka untuk kesihatan kita, jadi anda kena bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit yang mengancam nyawa ini,” beliau menambah.

Dr. Michelle Miller, penulis bersama kajian dengan Dr. Cappuccio, menjelaskan dalam hebahan berita itu yang 

“tidur sebentar kronik menghasilkan hormon-hormon dan bahan kimia dalam badan yang meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung dan angin ahmar , dan keadaan lain seperti tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kencing manis dan obesiti.”

Kajian itu telah diterbitkan pada 8 Febuari dalam European Heart Journal. Segala pergelutan hidup/kerja dalam kehidupan hari ini menyebabkan ramai dari kita menukarkan masa tidur yang berharga dengan bekerja untuk memastikan kita siap semua kerja yang diberikan kepada kita.

“Tetapi dengan berbuat demikian kita meningkatkan risiko mendapat strok atau penyakit kardiovaskular yang mengakibatkan, contohnya serangan jantung.”kata Dr Cappuccio.

Mendapat tujuh jam tidur semalaman melindungi kesihatan dan mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit kronik, nasihat beliau.