Sunday, December 30, 2012

::Rahsia Kucupan Lelaki



1 : Kucupan pada tangan

Suami yg mencium belakang tangan (backhand) isterinya itu adalah tanda si dia amat menyayangi si isteri selain menghormati wanita tersebut menjadi suri dlm hidupnya..

2 : Kucupan di dahi

Kucupan di dahi menandakan si lelaki benar2 kasih & cintakan pasangannya. Kasih yg diperlihatkan itu begitu luhur, jujur dan suci sekali. Semestinya pasangan tersebut dapat merasakan getaran cinta yg bergelodak dijiwa. Beruntungnya si gadis sekiranya mendapat lelaki sebegini..mcm Mr BB..hahahaha~ ( opps,terselit plak kat sini :P )

3 : Kucupan di pipi

Jika pasangan anda menghadiahkan anda ciuman di pipi, si dia sebenarnya amat menyayangi anda walau kucupan itu dilakukan ketika lelaki tersebut sdg marah atau takde mood (moody). Kucupan di pipi juga sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isterinya tak kira masa. Satu kucupan ini mengungkapkan perasaan rindu, sayang dan cinta si dia terhadap anda..

4 : Kucupan di bibir

Bayangkan suatu keadaan dimana si isteri sdg berdiri, tiba tiba si suami dtg smbil memeluk pinggang si isteri lantas bertentangan mata. Dgn perlahan lahan si suami memberikan satu kucupan yg hangat di bibir si isteri. Kucupan tersebut menandakan bahawa si dia benar2 mencinta wanita miliknya seolah olah si suami tidak boleh hidup tanpa kewujudan si isteri. Semestinya cinta yg dihadiahkan itu makin hangat dan bersemi dari hari ke hari..

5 : Ciuman dari arah belakang

Mungkin yg dah berkahwin pernah mengalami situasi si suami mengejutkan si isteri dgn kucupan dari belakang ketika sedang asyik membasuh pinggan di dapur. Saat2 romantis ini menandakan si dia sebenarnya memerlukan sesuatu drpd anda dan si isteri harus memahaminya~ 

Wednesday, December 26, 2012

:: Kejadian Oktober 1992

Sesuatu yg ingin dikongsi kan dari Mr BB utk anda semua. Bacalah.

Oktober 1992
Sekumpulan 200 org yg terdiri drpd pelajar2 dan guru2 di sebuah sekolah agama di Klang mendakwa mereka ternampak beberapa gumpalan awan yg berbentuk aneh di langit. Awan tersebut terbentuk seolah olah ia mencerita kan kisah perjalanan hidup seorang manusia. Selepas disoal siasat pihak berkuasa, terdapat 26 bentuk yg tercipta dari gumpalan2 awan tersebut. berikut adalah keratan dr sebuah akhbar pada tahun 1992.


tak nampak ? tak bley bace ? ni haa BB senaraikan..
1. Allah
2. Bentuk janin
3. Manusia
4.Mayat bungkus (jenazah)
5. Mata berwarna merah (seakan akan seorg yg sdg marah)
6. Lidah panjang
7. Lidah dipotong-potong dan disambung semula. kejadian berulang sbyk 3 kali.
8. Perempuan berlari tetapi rambutnya digantung dan disambar api dan terbakar. Muka bertukar menjadi binatang yg sangat hodoh. Mulut meraung raung seperti berada dlm kesakitan. seterusnya muka menjadi tengkorak dan rambutnya menjadi kaku.
9. Sayap burung berkibar
10. Perempuan berwajah khinzir
11. Kala jengking
12. Ular yg besar dgn mata bersinar sinar
13. Manusia berkepala anjing
14. Dua org bergaduh kemudian bersalaman
15. Lelaki berserban bersujud ke arah kaabah manakala yg lain membelakangi kaabah dan sujud ke arah blakang kaabah
16. Peta Malaysia terbalik. singapura berada di belah atas
17. Botol arak
18. Tanda salib bertukar mnjadi kubah
19. Ayam
20. Seekor ikan
21. Peta arab
22. Mayat berkapan
23. Batu nisan
24. Seekor burung
25. Org berdoa
26. Tgn hendak mencapai sesuatu ttp tidak dapat dan ada tanda bulat di telapak tgn

Akan tetapi, Jabatan Perdana Menteri Bhagian Hal Ehwal Islam pula melakukan siasatan dan mereka mengisytiharkan bahawa kejadian ini adalah palsu.

So, pd pendapat BB la kan,,kejadian cmni samaada benar atau tak,,memg ptut pun kite sume takut sbb org zmn skg ni idup mcm dah kat syurga..ramai yg lupa diri.. cube bygkan klau kejadian ni betol2 berlaku..bagus jugak kan ? biar sume org insaf dan takut pada Allah yg maha besar.. neraka itu wujud dan hukuman nya amat sakit sekali..dan yg pnting,,ia AKAN berlaku.. :)

Tuesday, December 25, 2012

:: Niat & Cara Mandi Wajib Yang Sah

Chakk~ ahahaha~ ini kali Mr BB mau kongsi ini topik hangatt~ mende ni berlaku saban hari di dunia tp ade segelintir manusia yg amek remeh hal ni..klau tak pon,,memg tak reti langsong camano nak mandi wajib..waduh, dasat beno smpai mandi wajib pon taktau..buat mende yg sunat tu tau plak ye korg ? ahahahahaa~ haipp,,jgn pikir lain..jowm kite bace ilmu yg mr BB nak kongsi kan ni~


Sebab2 wajib utk mandi wajib

-Bersetubuh (paham2 sndri lah maksodnye ye)
-Keluar manee walau sedikit
-Mati kecuali mati syahid (org yg mati di jalan Allah)
-Keluar nifas (darah yg keluar dgn bayi sewaktu proses melahirkan)
-Wiladah / melahirkan anak.

Rukun mandi wajib

Sonang ja mandi wajib ni.. 
1. Niat
2. Menghilangkan najis2 di badan samaada yg jelas atau tidak jelas
3. Membasahi tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki dgn air bersih

Dgn ketiga tiga rukun tersebut, mandi wajib anda akan menjadi sah~

Jenis2 niat mandi wajib

Haaaaaaiippp~ mandi wajib pon ade niat2 nye tau..jgn pakai bedal je..haa ni antare contoh2nye

1. Keluar mani, haid atau nifas
- Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala.
- Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah taala.

2. Mandi disebabkan bersetubuh
- Sahaja aku mandi junub kerana Allah taala.

3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
- Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah taala.

Sunat ketika mandi wajib

- berwuduk dahulu sebelum mandi
- menghadap kiblat
- membaca basmallah (bismillahirrahmanirrahhim)
- membasuh kedua dua tapak tangan
- menggosok seluruh anggota badan dgn tangan berturut turut tanpa putus putus
- tertib dgn mendahulukan perkara yg didahulukan
- membasuh sebanyak 3 kali

Cara2 mandi wajib


-Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.

-Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.

-Duduk bercangkung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

-Niat dahulu sebelum mandi. Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.

-Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

-Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.

-Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

-Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.

Wednesday, July 18, 2012

::Pantun Malas Sembahyang




Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang…


Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….


Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Thursday, June 28, 2012

::Belajar Hukum Tajwid : Qalqalah



Qalqalah Sughra (kecil)
Dibaca dgn lantunan yg rendah dan ia terletak di pertengahan kalimah.


Qalqalah Qubra (besar)
Dibaca dgn lantunan yg sederhana apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yg berada di hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah disini adalah 'aridh yg disebabkan wakaf (berhenti) padanya.


Qalqalah Akhbar (agung)
Dibaca dgn lantunan yg paling kuat apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yg berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu. Sukun pada huruf Qalqalah disini merupakan sukun yg 'aridh (mendatang) disebabkan wakaf (berhenti) padanya.

::Jikalau Lelaki Menangis

Lelaki menangis ? Pondan atau gagah ? Pernah tgk lelaki menangis ? Mr BB pernah.. mr BB taknak cerita ttg kesedihan mr BB..klau terigt nnti menangis lagi :') Meh kite tgk knape lelaki menangis walhal lelaki ni memg tgi sifat ego nya (kcuali mr BB) kih3~



Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut kerana nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingin saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.
  
Kenapa lelaki menangis?

~ Kebanyakan lelaki akan menangis apabila, terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
~ Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
~ Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
~ Ibu atau bapanya meninggal dunia.
~ Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
~ Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
~ Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.
~Seseorang yg disayangi dengan mendalam meninggalkan dirinya.

::12 Perkara Tentang Chinta~


1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

::21 Ciri-ciri Lelaki Layak Dijadikan Suami


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan bolehajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)
17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.
18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.
19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.
20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”
21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

#bile mr BB tgk2 balek,,terpandang kat mr BB sndri..dan ciri2 nyew ada pada diri mr BB..cewahh..hahahaha :D poyos jap :P

Tuesday, June 26, 2012

::10 Petanda Jodoh

Moshi2 sumenyeww pun kan hatoi~ ini kali mr BB mau sentuh sket bab2 jodoh ni..hahaha..jgn tanye knape sebab mr BB sndri pon tak tau..hahaahahahahahah~....... huu..penat gelak..okeh la,,tak mo taip panjang2,,korg bace je la petande2 bahwe si dia tu jodoh kite..moh ler~


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?



mr BB selalu termimpi kan dye..kekadang smpai mimpi si dia mesej mr BB..bile bgun dr tidur,,tgk nset..tp takde mesej dr sesape..baru mr BB perasan yg mr BB bermimpi di atas sofa ruang tamu....klau dlu ade org ucap selamat pagi...skrg sepi......tp wajah si dia tetap ada walau dlm mimpi atau mr BB tgah sedar... :')

Monday, June 25, 2012

:: Bertunang secara automatik


Chakkk~ haiyaa,,sudah lama tak update blog.. sikalang mr BB kembali..hahaha..haa ni haa,,mr BB nk kongsi sket ngn korg ni..ni kisah bertunang secara tanpe korg sedari..

Biase la kan,,hidup kite ni sentiase sunyi.. bile Allah beri kite si dia sebagai teman, kite pon ape lagi,,layan je la..bile da ade gelpren/boipren tu,mule la kite ber-sms ngn ayat2 romantis smpai kite tak sedar yg kite da bertunang ! OMG~ Oh Mak Gayah~ gagaa~ korg nk tau cmne kite bleh tetibe bertunang tanpe disedari ?? haa ni contoh..

Pakwe : awak sudi tak jadi bini sayye dimase akan datang ?

(si makwe pulak jawab dgn akal fikiran yg waras)

Makwe : sayye sudi (^_^).



dgn itu,,make termeterailah janji dan korg telah bertunang secara tidak sengaje.. mr BB bukan ckp sesuke hati tau..bende ni memg betul..tanye je lah mane2 ustaz yg korg kenal..klau ustaz tu ckp tak,,maknenye tu ustaz xde lesen lah..hahahah :P kalau korg tak caye gak,,cari je la dlm google..besepah topik ni dlm blog2 para blogger..


Oleh itu, jika korg dah terlanjur bercakap/bersms/bermesej sebegitu,,make korg DIHARAMKAN untuk bertunang/berkahwin dgn org lain kecuali dgn org yg telah berjanji dgn anda.. so,,ape status korg sebenarnye skrg ? igt,ni bukan perkara main2.. okey ? :')


Jadi,fikir-fikirkan dan selamat beramal :)

Friday, February 17, 2012

::Roh Suami Kembali ?



Soalan :
Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.



Jawapan : 
Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu 'tidur bersama', mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.

Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.

Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin  bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa' - alamul khulud - yang bermula daripada kubur.

Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),"Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia."

Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.

Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.

Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.

Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.

Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa 'dia' adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.

Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.

Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, "Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia."

Ayat al-Quran lain ada menyebut,
"Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat."

Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).

Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.

Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.

Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.

Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.

Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.

Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.

Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah - reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.

Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.


Wallahu a’lam.
Tuan Guru Dato' Dr Haron Din


"Menjawab Persoalan Makhluk Halus : Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan - Bersama Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din".

Sila dapatkan naskah anda sekarang untuk perincian yang lebih jelas :


Tuesday, February 14, 2012

::Internet Fiber Optik

Pernah dgar tentang internet fiber optik ? Internet yg mempunyai kelajuan yg amat sangat bagaikan petir menyambar pokok..yeah..tp korg tau npe kos nye mahal ? haa meh tgk ni..


kabel ditarik ke dalam laut oleh kapal


keadaan kabel didalam dasar laut


 





keadaan di pelantar



peta global internet fiber optik