Friday, February 22, 2013

:: Apa Yang Hebat Di Dunia ?

Malaikat bertanya kepada Allah sesungguhnya apa yang hebat di dalam dunia, maka jawabNya ia adalah API kerna api boleh membakar seluruh dunia.

Tanya Malaikat lagi, apa yang lagi hebat dari api ? JawabNya lagi, ia adalah AIR kerna air boleh memadamkan api walau semarak mana pun.

Malaikat masih bertanya lagi, apa yang lagi hebat dari air ? JawabNya ia adalah ANGIN kerna angin adalah faktor penting kemana hala tuju api dan air itu.

Malaikat masih tidak berpuas hati lalu bertanya lagi, apa yang lagi hebat dari angin ? Maka jawabNya ia adalah DOA yang dipanjatkan oleh umat manusia kepadaKu.

Sesungguhnya DOA mereka yang dipanjatkan kepadaKu boleh mengubah takdir yang telah sekian lama Aku tentukan.

Maka wahai umat Muhammad sekalian hendaklah kamu berDOA walau dalam apa cara demi hidupmu.




Wednesday, February 20, 2013

:: Seksa-seksa Meninggalkan Solat



Seksa Ketika Di Dunia

► Keberkatan umur dikurangkan. Rezeki dipersempitkan. Tiada tempat untuknya disisi Islam. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yg dilakukan LANGSUNG TIDAK diberi pahala.

Seksa Ketika Sakaratul Maut

► Ia akan menghadapi sakaratulmaut dlm keadaan yg hina. Matinya dalam keadaan kelaparan dah tersangat haus walau diberi minum seluas tujuh lautan.

Seksa Ketika Di Dalam Kubur

► Kuburnya akan disempitkan sehingga tulang rusuk kiri bertemu tulang rusuk kanan. Kuburnya digelapkan. Tiada satu pun cahaya. Seksaan nya berterusan sehingga hari Qiamat.

Seksaan Ketika Di Akhirat

► Akan dibelenggu dan diseret ke Padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dgn pandangan belas kasihan. Dosa2nya tidak akan diampuni dan akan diseksa dgn dahsyat di dalam neraka.


:: Persoalan Tentang Jenazah


1. Apa hukum menghias kubur seperti letak simen, batu marmar, pokok tumbuhan, anak2 batu dan sebagainya ?

♦ Menghias kubur adalah haram kerana pembaziran dan takut hiasan tersebut disembah atau diagung-agungkan

♦ Simen atau batu marmar, jika tanah persendirian, hukumnya makruh pada sesetengah pendapat. Ulama Syafi'e dan ulama2 lain mengatakan haram. Jika tanah wakaf (tanah perkuburan umum) maka sepakat dikatakan haram.

♦ Ada hadis yg menggalakkan utk meletakkan pokok2 kecil dan tumbuhan hidup dgn syarat : ia tidak besar dan merosakkan tanah kubur. Anak batu dikiaskan dgn pokok kerana setiap benda hidup bertasbih kepada Allah. (Surah Al-Isra' ayat 44)

2. Adakah autopsy (bedah mayat) menyeksa mayat tersebut ?

♦ Ya, mayat memg terseksa dgn perbuatan manusia terhadap jasadnya. Dari segi hukum, autopsy dibenarkan bagi menyelesaikan kes jenayah yg berkaitan dgn org yg masih hidup dgn syarat ia dilakukan dgn kebenaran waris si mati. Lain-lain keadaan tidak dibenarkan kerana ia menyeksa mayat.

3. Bagaimana pengurusan mayat yg berkecai ?

♦ Anggota tersebut dikutip, dimandikan (dicuci) jika boleh dikenakan air. Jika tidak, cukup sekadar ditayamum. Kemudian dikafankan (dibungkus dgn kain) disolatkan dan ditanam seperti biasa.

4. Bagaimana hendak menguruskan anggota badan yg putus dan tidak boleh disambung sedangkan kita masih hidup ? (contoh : jari putus)

♦ Sunat membungkus dgn kain dan menanam anggota tersebut kerana menghormati kejadian anak Adam.

5. Jika berlaku kes yg mengakibat kan kematian yg ramai contohnya Tsunami, bagaimana hendak menguruskan mayat yg ramai dan tidak tahu apa agama yg si mati anuti ?

♦ Perlu diuruskan seperti jenazah org Islam jika terdapat org Islam dlm kalangan mereka walau tidak dikenalpasti. Kemudian disolatkan keatas mereka dgn niat solat utk jenazah org Islam drpd mayat tersebut.

6. Bagaimana perjalanan roh apabila seseorang itu meninggal dunia ? Adakah jenazah terasa sakit apabila kita menguruskannya ?

♦ Urusan roh adalah drpd ilmu yg tersembunyi di sisi Allah. Yg ada cuma berdasarkan ayat Al-Quran dan hadis, ulama mengatakan roh akan berada disisi jasadnya selepas keluar dari tubuh dan melihat org yg menangisi pemergiannya. Kemudian dia akan dihantar ke kubur dan roh akan dikembalikan kepada jasadnya utk disoal oleh malaikat Mungkar dan Nakir. Roh org mukmin akan ditempat kan di Illiyyin dan roh org celaka akan ditempatkan di Sijjin (Al-Mutaffifin 7-21). Disana mereka akan mendapat nikmat atau diberi azab. KECUALI para syuhada. Mereka berada di dalam paruh seekor burung berwarna hijau didalam syurga. Mereka mendapat nikmat dari buah-buah syurga. Terkecuali juga roh para nabi. Mereka berada di dalam kubur dalam keadaan bersolat dan beribadat kepada Allah.

7. Apakah hukum tabur air mawar diatas kubur ?

♦ Hukumnya bidaah. Yg disebut ulama ialah menjiruskan air sahaja dgn tujuan utk merapatkan dan memadatkan tanah kubur. Air yg berbau seperti air mawar adalah tidak sunat dan bidaah menwangikan kubur.

8. Lelaki2 atau wanita2 yg ikut serta dlm peperangan tetapi tidak menyertai peperangan (seperti doktor atau jururawat), adakah mayat mereka harus diuruskan seperti biasa atau jenazah yg telah mati syahid ?

♦ Mayat mereka harus diuruskan seperti BIASA walaubagaimanapun mereka tetap mendapat pahala syahid kerana telah membantu para pejuang Islam melawan kafir.

9. Bagaimana hendak menguruskan cincin atau gigi emas yg tidak dapat dicabut pada mayat ?

♦ Cincin harus dibuang kerana ia akan menjadi harta kepada pewaris. Jika tidak dpt dibuang, mayat harus ditayamumkan selepas dimandikan. Ia adalah utk menggantikan kawasan yg tidak kena air.

♦ Gigi emas juga akan menjadi harta pusaka kepada pewaris. Jika tidak dapat dibuangkan, biarkan sahaja.

10. Adakah organ palsu (jantung, 'breast' dan sebagainya yg palsu) yg ada pada mayat harus dibuang ?

♦ Ia tidak perlu dibuang kerana ia menyeksa mayat.

11. Jika jenazah sedang uzur (jenazah wanita) adakah ia perlu dimandi wajib terlebih dahulu ?

♦ Tidak perlu. Mandi mayat sudah mencukupi utk itu.