Thursday, August 4, 2011

::Kesan Tidak Menutup Aurat (wanita)

"Selangkah anak perempuan keluar dari
rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka."


Akibat tidak menutup aurat, dosa wanita buka aurat 2kali ganda bebanding lelaki yang tengok 1 kali ganda…
Wanita yang tidak menutup aurat,
khususnya ketika berada di luar,
amatlah rugi. contohnya, seorang gadis tidak bertudung keluar pergi ke KLCC, di KLCC itu pula contohnya terdapat 3,000 manusia yang bukan muhrim, setiap kali pandangan lelaki itu, wanita tersebut mendapat 'dosa 2 kali ganda' dari
lelaki yang melihat (1 kali ganda), kerana wanita itu yang menyebabkan lelaki2 tersebut tertarik untuk melihat,
subhanallah, cuba bayangkan betapa banyaknya dosa kita, belum lagi dicampur dengan dosa2 kita yang lain seperti
melawan cakap kedua ibu bapa, menipu, dan lain2.

Dalam hal lain pula, saya ambil contoh, terdapat wanita bermain internet, contohnya myspace atau friendster, dia
menayangkan gambarnya yang tidak bertudung. Kemudian kita bayangkan pula berapa ramai kaum lelaki yang visit
page kita, kalau dalam sehari ada 1000 orang, cuba bayangkan pula jika hari2 mereka dan orang lain visit page kita dan melihat gambar kita tidak bertudung dan
mendedahkan tubuh badan, lihatlah terlalu senang kita mengumpul dosa, apa yang sedihnya, walaupun kita berada di dalam rumah dan ketika itu kita sedang bersolat, dosa tidak berhenti2 berjalan atas kerana sekeping gambar kita'.
fikir2kanlah.

Neraka, Syurga itu wujud, Azab Allah itu wujud, kematian itu wujud, ujian Allah itu wujud.



No comments:

Post a Comment