Tuesday, August 2, 2011

::Ibuku,disana ada syurga menantiku..

Pemuda berusia 23 thn itu tidak tidur pada mlm 24 Januari 2002. Sejak tadi, dia asyik mencatat sesuatu pada sehelai kertas. Catatan itu lahir dari hati nuraninya yg tulus. Pemuda ini mahu catatannya nanti akan dibaca bukan sahaja oleh ibunya,adik-adiknya, bahkan seluruh umat manusia yg cintakan kedamaian dan kebesaran di muka bumi Allah ini. Kalau boleh, biarlah catatannya ini menjadi perangsang kepada pemuda sebangsa dan seagama dengannya berjuang & terus berjihad menentang musuh.

Pemuda ini tidak rela tanah airnya dinodai, bangsanya dihina, maruah gadis2 dicabul & diperkosa musuh sesuka hati. Seperti mana pejuang2 terdahulu, pemuda ini sudah merancang sesuatu bersama sahabat baiknya, Ahmad Yusuf Abd Wahab, 23.

Sebaik surat ini siap tertulis, dia akan pergi bersama Ahmad melaksanakan satu misi rancangan sulit. Surat tersebut yg ditinggalkan diatas meja dibaca oleh si ibu berbunyi :

"Ampunkan dosaku sekiranya selama ini aku cuai dlm menunaikan hakmu. Demi Allah, ingin aku nyatakan bahwa di saat aku menulis kalimah2 ini,air mataku berguguran jatuh... Tapi apakan dayaku, di sana ada syurga,anugerah Allah yg paling mahal... Bersabarlah wahai ibuku, sesungguhnya janji untuk kita adalah syurga... Didiklah adik2ku supaya cintakan JIHAD FI SABILILLAH dan dorongkan mereka untuk sentiasa mengunjungi masjid supaya mereka dpt belajar drpd Al-Quran..." - Ra'id Fa'iz al-Agha



Esoknya, televisyen al-Jazeera melaporkan Ra'id Al-Agha bersama Ahmad Yusuf Abd Wahab terbunuh sewaktu cuba melakukan serangan ke atas trak yg membawa tentera Israel. Mereka berdua mati serta-merta di tempat kejadian. Si ibu, redha dgn kesyahidan anaknya. Ra'id mati syahid ketika berjuang membebaskan tanah airnya.


Sewaktu mencium, ibunya terbau kasturi dari roma wajah Ra'id yg tersenyum manis. Sambil menitiskan airmata, si ibu tersenyum. Di sana ada syurga menanti anakku Ra'id Al Agha.


*cerita ini adalah kisah benar yg BB terbaca di sebuah majalah. Alangkah indahnya hidup dan mati kita kerana Allah. Dari Allah kita dtg, kepada Allah jualah kita kembali. :)

No comments:

Post a Comment