Saturday, August 13, 2011

::PERISTIWA 2012


Maaf seandainya kalian sudah atau pernah membaca atau juga telah mengetahui mengenainya..Ianya adalah sebagai peringatan buat kita umat di akhir zaman..

Berdasarkan hadis dan kajian ulama, tahun 2012 berkemungkinan besar berlaku bencana alam yang megakibatkan banyak penduduk dunia kehilangan nyawa dan harta benda.Wabak penyakit banyak menular. Generasi manusia akan susut. Beliau menambah lagi kenyataan bahawa peristiwa 2012 itu adalah jangkaan tetapi tidak mustahil berlaku lebih awal. Nasihatnya supaya hidupkan zikir dalam diri masing-masing bermula sekarang. Sama ada percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing.

Hadis

1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai hari Jumaat,jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadhan jatuh juga pada hari Jumaat. Sama dengan hadis nabi berkenaan huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, mengenai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar di langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(NASA Amerika beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas ke bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu ? ALLAH sahaja maha mengetahui. Cuba kita lihat hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal huru hara 2012.




Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda : Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal...".Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kamu ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah:"Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukanhal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".



Kajian NASA

Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet X (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter(Musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA. Bulan Mei 2009 planet ini telah jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Ia hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. (tanda besar kiamat?) objek merah di langit kelihatan. AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara dibanjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahunkerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di Norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana.




Kata2 RASULULLAH satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat Islam...ALLAHHUAKBAR !

Semoga perkongsian ni meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Nya dan kita seboleh mungkin memperbanyakkan zikir dan ibadah sebagai bekalan. semoga dapat kita berkongsi dengan semua sahabat untuk persediaan kita semua..

Wallahu'alam...


SEANDAINYA ANDA SAYA TIADA PADA MASA ITU, INGATLAH WAHAI SAHABAT2 YG BERKUNJUNG KE BLOG SAYA INI. KEJAR LAH AKHIRAT. KEJAR LAH BENDERA IMAM MAHDI. BERJUANGLAH DI JALAN ALLAH SWT. DUNIA INI HANYA CUBAAN. SAYA SAYANG ANDA SEMUA WALAUPUN SAYA MUNGKIN TIDAK PERNAH MENGENALI ANDA.


No comments:

Post a Comment