Tuesday, August 2, 2011

::20 Fakta Lelaki

-Lelaki boleh menjadi seorg yg begitu sensitif & prihatin.

-Jika seorg lelaki meminati perempuan, tidak semestinya perempuan itu harus cantik. Tp cukuplah dgn budi bahase & kesopanan yg 'power'. Malah, lelaki lagi suke wanita yg banyak persamaan dgnnye samada dr segi pemikiran atau minat. Mereka dpt berkongsi masalah bersame-same. :)

-Kebiasaannya, lelaki tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan seorg wanita terhadapnya.

-Lelaki sejati adalah lelaki yg boleh menerima penolakan yg baik.

-Lelaki akan cuba menonjolkan sifat kelelakiannye untuk menambat hati wanita.

-Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap perempuan. sebab itu mereka suka melihat perempuan & menjeling perempuan.

-Kebanyakan lelaki resah apabila berhadapan dengan situasi untuk mengajak perempuan keluar untuk kali pertama. -__-'

-Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati perempuan. [tp kalo lelaki nk cuba tiru gaya perempuan memang alamatnye mkn kasut tumit tinggi lar]

-Bila lelaki bercakap, "Emm.. tengoklah dulu" itu bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

-Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap terus terang dan mengharapkan perempuan memahami maksudnya.

-Kebanyakkan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah lelaki.

-Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik sebut nama lelaki lain. [kecuali pemain bola kot]

-Lelaki tidak boleh belajar tentang perempuan dari library atau buku semata-matanya. Oleh itu, mereka selalu keliru dengan sikap perempuan atau tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

-Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan keluar dengan ramai perempuan namun dia tetap hanya ada SATU teman wanita yang istimewa selebihnya hanya kawan.

-Bila lelaki terlihat dada perempuan dan perempuan itu menyedari maafkan sahaja. kebanyakkan lelaki tidak sengaja *what the fish ? . mereka merasakan kejadian perempuan indah.

-Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga akan bersedih. Cuma dia tidak menunjukkan kesedihannya di depan orang.

-Bila seseorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint ! sebab lelaki tidak dapat membaca hati seorang perempuan andai tidak diluahkan. 

-Adalah memalukan bagi lelaki jika tidak berupaya menolong perempuan.

-Kebanyakkan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihinya. sebab itu dikatakan air mata sejata perempuan.

-Lelaki bukanlah sempurna 100%. jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

wlaupon sebegitu rupa,,ini adalah sekadar hiburan je kot. kerana setiap lelaki mempunyai pelbagai karakter dan stail masing2.karakteristik yg tersendiri lah yg membuatkan seseorg lelaki itu menjadi 'ladies choice'.haha ! . oleh demikian, sayangilah air soya anda. hahahaha ! [ape tetibe msuk iklan soya plak ni]

No comments:

Post a Comment