Friday, December 2, 2011

::Cara Lelaki Menguji Wanita

Haa,,ni kawe bwakkan sikik rahsio bagaimano lolaki mnguji pompuen..hahaha :D mu nak selamat ngn pakwe mu ? haa,,baco lah ni ye ?
1. Adakah wanita itu materialistik ?
Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murah
Reaksi wanita A : Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. [GAGAL]
Reaksi wanita B : Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. [LULUS]
Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi wanita A : Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. [GAGAL]
Reaksi wanita B : Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. [LULUS]

2.Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu.
Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi wanita A : Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. [GAGAL]
Reaksi wanita B : Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. [LULUS]
Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi wanita A : Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. [GAGAL]
Reaksi wanita B : Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. [LULUS]

3. Hubungan bekas teman lelaki
Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi wanita A : "Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas". [GAGAL]
Reaksi wanita B : “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. [LULUS]
Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi wanita A : Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. [GAGAL]
Reaksi wanita B : “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. [LULUS]

4. Mengukur tahap kesetiaan
Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:
Pergi melancong
Reaksi wanita A : Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. [GAGAL]
Reaksi wanita B : Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. [LULUS]
Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi wanita A : Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. [GAGAL]
Reaksi wanita B : Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. [LULUS]

so,pndai2 lah korg ye ? hahaha :D tp awas wanita,,jgn la menipu plak..saje buat2 'lulus' sebab nk pikat dye je..haaa :D kang terbongkar rahsia,,fadan muke kome~ :P


No comments:

Post a Comment