Thursday, January 3, 2013

::Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri


Bangun sebelum Subuh
Rasulullah mengajak umatnya utk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat dan fardhu Subuh secara berjemaah. Terdapat pelbagai hikmah yg manusia dapat antaranya ialah pahala yg byk, kesegaran udara Subuh yg baik utk merawat penyakit tibi serta dpt memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan
Setiap hari Khamis atau Jumaat, Rasulullah mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah bermaksud "Kami adalah sebuah kaum yg tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan, tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)". Muttafaq alaih.

Didalam tubuh manusia,,ada tiga ruang utk tiga benda : sepertiga utk udara, sepertiga utk air dan sepertiga utk makanan. Rasulullah juga selalu berpuasa sunat kerana berpuasa dpt menyeimbangkan kesihatan badan.

Gemar berjalan kaki
Rasulullah gemar berjalan kaki apabila hendak ke pasar, masjid, medan perang dan mengunjungi rumah para sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh akan mengalir, liang roma akan terbuka dan peredaran darah akan berjalan dgn lancar. Ini sgt bagus utk kesihatan jantung.

Tidak pemarah
Rasulullah memberi nasihat 'jangan marah' dan mengulangi perkataan itu sebanyak 3 kali. Ini menandakan bahawa kesihatan seorang muslim itu bukanlah terletak pada jasad tetapi pada kesihatan jiwa. Ada cara utk mengatasi kemarahan antaranya ialah dgn menukar posisi apabila kita sdg marah. Jika sedang berdiri, hendaklah kita duduk. Jika sedang duduk, hendaklah kita berbaring. 

Kemudian membaca Ta'awwudz kerana marah itu drpd syaiton. Segeralah berwuduk dan mengerjakan solat dua rakaat utk mendptkan ketenangan serta menghilangkan gundah dihati.

Optimis dan tidak berputus asa
Kita perlu banyakkan bersabar, istiqamah, berkerja keras serta tawakkal kepada Allah SWT.

Tidak pernah iri hati
Utk menstabilkan kesihatan jiwa, kita perlu menjauhi perasaan iri hati terhadap org2 disekeliling. 

Pemaaf
Memaafkan kesalahan org lain akan membuatkan kita berasa terlepas dari belenggu kemarahan.  Bahagia yg sebenarnya bukanlah kita yg MENDAPAT nya..tetapi dgn MEMBERI. :)


No comments:

Post a Comment