Wednesday, September 28, 2011

::Bukan Islam Bertanya Tentang Masjid


Friday, November 13, 2009
Dimana Masjid Sri Hartamas? tanya Woo Choo Keong pada Raja Nong Cik
Di persidangan dewan rakyat semalam(sebelum tarikh) berlaku beberapa kekecuhan, antaranya termasuklah pekara yang dibangkitkan oleh Woo Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) yang mendesak  menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dapat menerangkan secara jelas bagaimana sebidang tanah yang di jadualkan untuk membina masjid boleh bertukar menjadi projek kondominium dan pusat belibelah.
Tanah yang di peruntukan untuk membina sebuah masjid itu di kawasan Sri Hartamas. Tanah yang di gazetkan itu didalam plan draft bandaraya Kuala Lumpur 2020. Ahli parlimen Wangsa Maju itu  berkata
“kami menyokong pembinaan masjid itu, tetapi kami tak dapat menerima bagaimana projek pembinaan masjid boleh bertukar menjadi projek pangsapuri”.
Datu Raja Nong Cik  selaku menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pula menjelaskan yang tanah itu adalah milik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Yang mana berkata
“projek pembinaan masjid itu pihak JAWI (Jabatan Majlis Agama W.Persekutuan) telah membuat keputusan untuk membina nya di tempat lain."
Raja Nong tidak menyatakan dengan jelas dan dimana masjid itu akan di bina, Woo Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) tidak puas hati dan bangkit semula.Kata Woo Choo Keong lagi 
“Yang Berhormat Menteri, sekarang masjid itu di bina dimana? Saya tak nampak pun masjid baru di Sri Hartamas ini?” 
Raja Nong Cik agak terkejut hanya berkata ringkas
“Perkara yang membabitkan agama lebih tepat dijawab oleh menteri Agama sendiri yang lebih arif”, iaitu menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Bahrom.
Dewan gamat beberapa minit, seorang yang bukan Islam pula mempertikaikan kewujudan masjid yang tak wujud dan dibahaskan bersama wakil kerajaan.
P/s: Kalau jadi macam ni siapa yang malu? diri sendiri dan secara tak langsung, agama kita juga. Sedarlah. Jadikan kejadian ini pengalaman paling memalukan dalam hidup sebagai seorang muslim. Ini baru satu antaranya. Banyak lagi. Kita kalau nak buat orang tertarik dengan Islam, tunjukkan contoh yg baik pada diri kata sebagai seorang Muslim dan Muslimah. Baru betul.

No comments:

Post a Comment